Selesaikan masalah dalaman Sebelum runding kerusi dengan Pas Kata Hadi Awang kepada Umno

Selesaikan masalah dalaman Sebelum runding kerusi dengan Pas Kata Hadi Awang kepada Umno

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin, mempersoalkan pendirian Presiden PAS Abdul Hadi Awang mahukan parti itu menyelesaikan masalah dalaman sebelum mengadakan rundingan kerusi dengan PAS untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau menyifatkan kenyataan Hadi itu sebagai “tidak jelas” kerana Umno sekian lama memberi mandat kepada timbalan presidennya, Mohamad Hasan, untuk mengadakan rundingan dengan pimpinan PAS.

“Kenyataan (Hadi) tidak begitu jelas apa maknanya masalah dalaman Umno. Soal nak runding dengan siapa pun Umno memang tiada masalah (dan) kita sudah bersetuju lantik Mohamad untuk lakukan perundingan pembahagian kerusi.

“Jadi tiada masalahnya. Tidak ada siapa cakap tak setuju Mohamad Hasan (berunding tentang) pembahagian kerusi (dengan PAS). Saya sebenarnya tak faham apa maksudnya, apa yang dia nak tunggu dan apa masalahnya,” Sinar Harian melaporkan Khaled sebagai berkata.

Pagi tadi, Hadi sekali lagi berkata, PAS menangguhkan rundingan kerusi dengan Umno sehingga tonggak Barisan Nasional itu menyelesaikan masalah dalamannya.

“Ia (agihan kerusi) baru di peringkat awal, dengan Umno kita masih ada hubungan. Kita tidak henti cuma tangguh kerana masalah Umno tidak selesai.

“Orang-orang pun dia tukar menukar, lepas orang ini, tukar orang ini pula, ia tidak tetap jadi kita tunggu (selesai) dan bincang dengan Bersatu dulu,” kata Hadi seperti dilaporkan.

Khaled berkata, perbezaan pandangan dalam Umno hanya sebahagian proses demokrasi dalam parti itu.

Umno tidak pernah kekang mereka untuk zahirkan pendirian mereka dan apabila pendirian dizahirkan, walau apa pun perbezaannya, bukan masalah. Itu cara Umno meraikan demokrasi,” katanya.

Beberapa pemimpin Umno mengeluarkan pandangan berbeza mengenai isu kerjasama dengan Bersatu dan juga tarikh mengadakan pemilihan parti.

Turut menjadi polemik dalaman adalah kedudukan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, yang sedang berdepan perbicaraan mahkamah atas tuduhan rasuah.

Sumber berita

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/16/nak-tunggu-apa-dan-apa-masalahnya-khaled-tanya-hadi-pasal-agihan-kerusi-umno-pas/

COMMENTS