Muhyiddin beri jaminan dan sokongan Hasrat Sarawak menjadi negeri paling maju

Muhyiddin beri jaminan dan sokongan Hasrat  Sarawak menjadi negeri paling maju

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan akan memberi sokongan kepada Sarawak menjadi sebuah negeri paling maju di negara ini, dan percaya ini dapat dicapai kerana negeri ini kaya dengan pelbagai sumber.

Di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk patinggi Abang Johari Tun Openg meletakkan sasaran menjadikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030.

Menurut Perdana Menteri, rancangan pembangunan Sarawak adalah selaras dengan hala tuju Putrajaya.

“Masa depan sarawak adalah begitu cerah. Saya boleh beri jaminan bahawa saya akan beri sokongan penuh untuk merealisasikan visi berkenaan, menjadikan Sarawak negeri paling maju di negara ini.,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perjumpaan Khas Bersama-sama Penjawat Awam di Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, beliau mahu penjawat awam mengurangkan kerenah birokrasi bagi memastikan sistem penyampaian terutama kepada rakyat di luar bandar berjalan lancar serta bagi memastikan mesej dan bantuan dapat disalurkan secara efektif kepada golongan sasar yang terkesan.

Muhyiddin mahu penjawat awam memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk memudahakan urusan masyarakat setempat selaras dengan agenda kerajaan untuk memastikan pemerkasaan sektor awam.

uUntuk itu, tegas beliau, penjawat awam peru memperkukuh budaya kerja yang berintegriti dalam menjalankan tugas harian.

Sumber berita

https://sarawakvoice.com/2021/04/01/pm-beri-sokongan-kepada-sarawak-jadi-negeri-maju/

COMMENTS